Barisan Kepimpinan DPP TNB

Sunday 5 October 2014

Sejarah Penubuhan Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional Berhad



Dewan Penginapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada masa yang sama pembinaan dan penubuhan Universiti Utara Malaysia pada tahun 1989 dan merupakan Kolej kediaman kedua UUM yang dibina selepas Kolej MAS.




Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolej akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS). DPP ini dinamakan mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. DPP TNB pada asalnya dinamakan Kolej Tenaga Nasional sempena penamaan entiti korporat Tenaga Nasional Berhad Malaysia yang telah menjenamakan kolej ini dengan menyuntik pelaburan bagi manfaat mahasiswa/i kolej ini.


Sejak penubuhan asrama penginapan Kolej Tenaga Nasional pada 1991 telah diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dibawah unit Bahagian Perumahan dan Penempatan (U3P).Unit U3P bertanggungjawab menguruskan asrama kediaman dan kemudahan asrama. Bermula pada tahun 2008,semua kolej kediaman UUM telah diletakkan dibawah kolej akademik iaitu COB,CAS dan COLGIS.Kolej TNB telah diletakkan dibawah COB dan ditukar nama menjadi Dewan Penginapan Pelajar TNB.

Pada tahun 2010,penstrukturan semula asrama kediaman menyaksikan DPP TNB dikembalikan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan diletakkan dibawah Student Accomodation Centre (SAC) atau Pusat Penginapan Pelajar yang menguruskan pentadbiran DPP. DPP TNB mempunyai 500 bilik pelajar dengan kapasiti pelajar 1000 orang dan mempunyai 5 blok pelajar.